Skip to main content

Kenapa Vitamin atau Supplement saya tak berkesan?

Hi semua,





Pernah tak alami, makan apa-apa vitamin atau supplement tak berkesan? tak menjadi?
Pastu mula la cakap, seller menipu laa, vitamin atau supplement tak bagus laa.
Jangan laa buat vitamin atau supplement ni macam magic, makan sehari atau sekali makan dah nak nampak kan kesan. Memang tak ada la, semua nya mengambil masa.

Jom lah kita tengok antara sebab vitamin atau supplemet tidak berkesan:- 


#1 Kurang minum air masak



Bila ambil supplement wajib minum air masak yang secukupnya. Formula nya very simple iaitu every 25kg badan kita  mesti di supply dengan 1 liter air. So kalau berat 50kg means wajib minum 2 liter sehari. Air yang dimaksudkan ni bukanlah air manis- manis dan bewarna-warni tu tau, tapi air masak untuk membantu organ- organ dalam badan berfungsi dengan baik. Air yang mencukupi juga bantu penyerapan vitamin yang lebih optimum. Bila dapat diserap dengan baik, insyaAllah vitamin tu mampu jalankan fungsinya pada tahap maksima. So mulai harini biasakan diri minum air kosong, bawak satu botol ke office dan minum lebih kerap . Pastikan warna urine always clear selagi tak clear minumlah air masak secukupnya ye. Warna Clear disini bermaksud putih jernih, bukan warna kuning keemasan. 

#2 Usus yang kotor



Sangat penting sebelum amek apa- apa supplement. Usus yang kotor, tersumbat dengan toksik akan menghalang penyerapan zat makanan serta vitamin. Sebab tu la makan supplement banyak- banyak tapi takde efek apa-apa. Takpun akan mengambil masa yang lama untuk menampakkan hasil. So, pastikan sistem perkumuhan dalam keaddan baik. Saya sarankan sebelum mengambil mana-mana supplement yang baru atau ketika mengambil supplement yang sedia ada, lakukan detox diri. Contohnya, membuat detox drink, green tea, atau gunakan sahaja detox pad pada waktu tidur malam. 




#3 Tidak konsisten



Konsisten penting tau! Bukannya harini makan esok tak, lusa makan balik pastu lupe nak makan. Selalu ada lopong2. Alasan yang selalu saya terima sebab terlupa dan tak sempat. Senang aje saya selalunya adviae customer buat reminder siap2 kat henpon. Takpun letakkan sticky note kat mana tempat yang visible yang senang kita nampak macam kat pintu fridge atau cermin meja solek. Biasakan diri lama- lama kalau korang disiplin badan kita ni akan rasa automatik eh belum makan supplemen lagi. Nak sihat, nak kurus, nak cantik mestilah disiplin amek vitamin. Jangan lazy dan lupa-lupa ya.

#4 Tidak mengikut aturan dan jadual yang betul



Ambillah vitamin mengikut jadual  dan aturan yang telah diterangkan oleh pengedar anda. Kadang- kadang kita ni malas, sebab nak senang amek semua jenis supplement sekaligus lepas breakfast. Cara ni totally salah, tak semua vitamin boleh dimakan serentak dalam satu masa.  Selain itu mengambil supplement sekaligus pada satu masa akan meningkatkan kepekatan darah pada waktu tertentu,  kesian juga kat buah pinggang nak kene hadap semua jenis supplement tu dalam satu masa. So ikutlah aturan makan yang sesuai seperti yang telah di consult jangan makan semua sekali serentak.

#5 Pengambilan kafein seperti kopi dalam diet harian 



Makan supplemen tapi at the same time minum kopi bercawan- cawan. Teramatlah rugi kalau anda tak boleh resists habit minum kopi ni kerana vitamin yang anda makan ibarat membazir sahaja. Ini kerana khasiat vitamin telah pun ‘dirosakkan’ oleh kafein selain daripada menggangu penyerapan nutrisi vitamin yang anda ambil. Cadangan saya kurangkan pengambilan kopi kepada secawan sahaja setiap hari. Kalau berhenti terus lagi bagus. Nak sihat dan cantik kenalah berkorban sikit.

#6 Pengambilan ubat dan supplement secara serentak



Kalau anda sedang mengamalkan ubat, tapi ingin mengambil supplement, my advise jarakkan pengambilan at least selama 2 jam. Jangan makan sekaligus kerana boleh menimbulkan kecelaruan pada tubuh sekaligus akan menggangu penyerapan vitamin dalam badan.




Apa yang dapat kita lihat, amal lah cara pengambilan yang tepat. Membeli dan menggunakan vitamin mestilah dengan ilmu, sebab tu amat penting anda memilih pengedar/ seller yang betul ketika membeli vitamin ni. Tambahan lagi tak semua vitamin sesuai dengan semua orang. Pengambilan vitamin atau supplement ini semua berdasarkan hormon, keturunan dan cara balance diet kita. Tak lupa, kena kaji selidik latar belakang pengguna samada ada sakit ke, tengah pregnant ke atau sedang menjalani apa- apa rawatan kesihatan. So always make sure anda mendapat konsultasi sebaiknya ketika membeli supplement. Pilihlah pengedar yang berilmu serta bertanggungjawab kepada anda



HOW TO CONTACT ME ?
review product/review instagram/gift/booking makeup service/ modelling
email : syaz_naa@yahoo.com
facebook : https://www.facebook.com/syazzysyanaa
instagram : http://instagram.com/syazzysyana
whatsapp 013 674 0614
DO VISIT MY INSTAGRAM  SHOP
@smms_shoponline 

Comments

Popular posts from this blog

Punca Period/Haid tak stabil

PUNCA PERIOD/HAID TIDAK STABIL PUNCA 1: KEGEMUKAN berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid. PUNCA 2 : BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya. PUNCA 3 : TERLALU KURUS tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh menganggu kitaran haid anda. oleh itu, nada haruslah mempunyai berat badan yang sihat dan seimbang. PUNCA 4 : MASALAH KESIHATAN sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yang memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus menggangu kitaran haid. PUNCA 5: MENAPOUS Ia berlaku kepada wanita yang berusia leway 40-an. pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku. PUNCA 6 : PENCEGAH KEHAMILAN pil atau ubat-ubata

Tips Perniagaan Orang Cina

Pegangan Masyarakat Cina Dalam Perniagaan 1) Rajin Jika tidak berniaga akan menjadi malas 2) Jimat Jika tidak akan menbazir modal 3) Senyuman dengan pelanggan Jika tidak pelanggan lari 4) Kejar Masa Jika tidak peluang akan diambil orang 5) Harga Berpatutan 6) Membenarkan hutang dengan orang yang dikenali, jika tidal modal akan hilang. 7) Semak akaun setiap hari untuk pastikan modal bagi hari esok mencukupi. Tips Penting Yang Diamalkan Tentang Seni Perniagaan Masyarakat Cina # Seni berniaga adalah cukup halus dan tidak memadai jika mempelajari secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menurut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel. # Peniaga perlu bersikap ringan tulang, ramah serta menjadikan pelanggan sebagai saudara rapat atau sebagai sahabat. # Seorang peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian. ORANG YANG BERJAYA DALAM PERNIAGAAN MEREKA SELALUNYA  "TIDAK KEDEKUT"